Sunday, January 24, 2010

PROGRAM MAKANAN PERCUMA

Tarikh : Setiap hari Ahad dan Khamis (Bermula 14hb Januari 2010)

Masa : 12.30 tgh hingga 2.00 ptg

Tempat : Ibu Pejabat Bulan Sabit Merah Kelantan

Terbuka kepada semua individu yang kurang mampu yang berada sekitar bandar Kota Bharu. Program ini ditaja oleh individu iaitu Dr. Hj. Wan Azhar (Pengerusi BSM Kelantan) dan Dato' Amanullah (Executive Chairman) Systematic Conglomerate Sdn. Bhd.

Sehubungan dengan itu kepada individu atau syarikat swasta yang ingin memberikan sumbangan untuk menjayakan lagi program ini bolehlah menghubungi Ibu Pejabat Bulan Sabit Merah Kelantan di talian 09-7435504 (Pejabat).

"BERSAMA-SAMA DEMI KEMANUSIAAN"

PEMBUKAAN UNIT 19 BAGI TAHUN 2010

Tarikh: 23/1/2010

Masa:10am-12pm

Perjumpaan unit 19 untuk pertama kali nya bagi tahun 2010 telah di hadiri oleh ahli-ahli lama dan baru...Ahli-ahli yang hadir lebih kurang 20 orang...Komandan,Pen.Komandan dan Kuartermaster turut hadir...

Perjumpaan ini bertujuan untuk mengaktifkan semula latihan di peringkat unit kerana latihan unit 19 telah di tangguh kan selama hampir 3bulan kerana memberi ruang kepada ahli-ahli yang masih bersekolah untuk m'hadapi peperiksaan dan untuk membuat persiapan m'hadapi banjir bagi kwsn Pasir Puteh.

Perkara yg di bincangkan dlm p'jumpaan kali ini ialah tentang perancangan yg di buat oleh IPC dan perancangan yg di buat olah Unit sendiri..

Latihan unit 19 akan diadakan seperti biasa iaitu hari JUMAAT pada pukul 3.30ptg-5.30ptg..Ahli-ahli harap maklum...

Tuesday, January 19, 2010

SUKANEKA UNIT 19








Tarikh: 18/3/2009

Masa: 3.30ptg-6ptg

Tempat: Padang Majlis Daerah, Pasir Puteh.

Sukaneka unit 19 telah di sertai seramai 30 orang ahli...sukaneka ini telah di rasmikan oleh Komandan unit 19 iaitu Tengku Indra Shahrim Tuan Bakhary..

Tujuan sukaneka ini diadakan ialah untuk merapatkan silaturahim di antara ahli-ahli baru dan ahli-ahli lama unit 19...

Acara yg di jalankan ialah berebut kerusi,bawa bola ping pong dalam sudu,isi air dlm botol m'gunakan straw dan byk lagi la...

KURSUS ASAS BENCANA PBS UNIT 19


Tarikh: 5hb - 7hb Mei 2008

Tempat: D Muara Chalet, Tok Bali

Penyertaan : 40 orang ahli PBS & Briged Kebajikan Perdana

Tujuan utama program ini untuk melatih ahli-ahli PBS dan Briged Kebajikan Perdana dalam menghadapi situasi bencana. Peserta diajar cara menggunakan Clinton Cooker (Dapur Bergerak), Cara Usungan, Balutan dan CPR kaedah baru serta MKN 20.

selain itu untuk memastikan ahli PBS dan BKP sentiasa cergas dan pantas dalam menghadapi bencana, peserta diuji dengan merentas halangan. sememangnya perkhemahan ini menguji mental dan fikizal peserta.

Program ini dirasmikan oleh Naib Pengerusi BSM Kelantan, En. yunus Bin Mat Ali. Turut hadir pada majlis Perasmian Pembukaan ialah Pengarah, Setiausaha Kehormat, Penolong Pengarah PBS dan komandan Unit 1. Manakala Perasmian Penutup pula disempurnakan oleh Pengarah BSM Kelantan.

PERJUMPAAN AHLI UNIT 19 PASIR PUTEH

Perjumpaan akan diadakan pada hari jumaat setiap minggu. Perjumpaan bermula pada jam 3.30pm hingga 5.30pm

Kepada sesiapa yang berminat untuk menjadi ahli Pasukan Bantuan Sukarela Unit19 Bulan Sabit Merah Malaysia, Negeri Kelantan (PBS19kn), anda dijemput hadir ke perjumpaan mingguan ahli PBS19kn di padang Majlis Daerah,Pasir Puteh,Kelantan. Kami amat mengalu-alukan kehadiran anda untuk menjadi ahli keluarga kami. Jika anda mempunyai sebarang pertayaan, hubungi
En Hanif di talian 019-9262788.

KEAHLIAN UNIT 19

Salam
Pasukan Bantuan Sukarelawan Unit19 kini membuat pengambilan ahli baru. Pengambilan ini terbuka kepada yang berumur 18tahun keatas dan juga kepada pelajar lepasan spm. Sesiapa sahaja boleh menjadi ahli Pasukan Bantuan Sukarelawan Bualan Sabit Merah Malaysia. PBS19 amat mengalu-alukan kehadiran anda untuk menjadi ahli PBS19. Setiap tahun PBS19 mempunyai banyak aktiviti dan program. Sesiapa yang mempunyai sebarang pertayaan atau ingin menjadi ahli PBS19 bolehlah menghubungi En Hanif ditalian 019-9262788.